Belajar Bersama CIKGU SITI
SITI SAWIYAH ABD. GANI D20102044752
SITI SAWIYAH ABD. GANI D2O1O2044752
Friday 9 December 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) – BAHASA MALAYSIA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Tahun : Arif
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh : 21 Oktober 2011
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 – 11.30 pagi
Bil. Murid : 6 orang
Tema : Kenderaan
Kemahiran : 2.3 mengenal pasti kenderaan
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat kenderaan di persekitarannya
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menyebut 5 nama kenderaan daripada 9 nama kenderaan
2. Mengklasifikasikan jenis kenderaan dengan betul
Penyerapan mata pelajaran : Muzik , Pendidikan Seni
Penggabungjalinan Kemahiran :Nyanyian , lisan , bacaan
Unsur terapi : Pengamatan , pertuturan , psikomotor halus
Penyerapan nilai : a) berusaha melakukan sesuatu tugas
b) mendengar arahan
c) bersungguh-sungguh menyempurnakan tugasan
KBKK : Menjana idea, memberi pendapat
BBM / Resos : a) kad suku kata
b) lembaran kerja
c) multimedia ( komputer riba – lagu “ Bapaku Pulang “ )
LANGKAH | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI P&P | CATATAN |
SET INDUKSI ( 5 MINIT ) | 1. Nyanyian lagu “ Bapaku Pulang” 2. Pengenalan tajuk pelajaran | 1. Murid ditunjukkan video lagu berkaitan dengan kenderaan 2. Murid menyanyi mengikut irama lagu dari lagu yang ditunjukkan 3. Murid dikaitkan dengan tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu kenderaan | Teknik : soaljawab, penerangan Terapi : pertuturan Nilai : berusaha Resos : Multimedia |
LANGKAH 1 ( 10 MINIT ) | 1. Bersoaljawab mengenai kenderaan yang diketahui 2. Memperkenalkan jenis-jenis kenderaan iaitu darat,udara dan air | 1. Guru bersoaljawab dengan murid kenderaan mereka ketahui 2. Murid diminta untuk menyebut nama kenderaan yang mereka ketahui satu persatu 3. Guru menulis jenis-jenis kenderaan di papan putih | Teknik : soal jawab Terapi : pertuturan Nilai : tidak mudah berputus asa Resos : papan putih, pen marker |
LANGKAH 2 ( 13 MINIT ) | 1. Mengelaskan kenderaan mengikut jenis 2. Aktiviti permainan bahasa ( kad suku kata ) | 1. Murid ditunjukkan gambar kenderaan yang telah dicampurkan 2. Murid mengelaskan jenis kenderaan iaitu darat, air dan udara 3. Murid mewarna, menggunting, menampal gambar mengikut jenis kenderaan 4. Guru meminta murid mencantumkan kad suku kata supaya menjadi perkataan iaitu sejenis nama kenderaan 5. Murid mencantumkan kad suku kata menjadi nama kenderaan 6. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya | Teknik : menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja Terapi : pengamatan, psikomotor halus Nilai : berusaha Resos : gambar kenderaan, kad suku kata |
PENUTUP ( 2 MINIT ) | 1. Mengimbas kembali 2. Penyerapan nilai yang diperoleh | 1. Murid diminta mengimbas semula pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini 2. Murid diterangkan nilai-nilai yang diperolehi dalam pembelajaran 3. Murid dirumuskan pembelajaran hari ini | Teknik : soal jawab, penerangan Terapi : pertuturan Nilai : mendengar arahan |
Subscribe to:
Posts (Atom)